Wednesday 15 January 2014

Rumah Yang Lama Ditinggalkan

Unknwon #2
Date: 6 January 2014
Day: Monday
Time: 2.30 am
Location: Dalam Rumah

Kisahnya. Kata orang bila sesebuah rumah ditinggalkan agak lama akan ada penghuni lain yang akan menetap disitu. Penghuni yang tiada lahiriliahnya. Benar atau tidak adalah sesuatu yang subjektif. Selepas cuti panjang dan balik kerumah yang ditinggalkan selama seminggu rupa-rupanya tidak berseorangan. Hati itu sampai kerumah pada pukul 5 petang selepas menempuh perjalanan selama tiga jam. Jalan tak sesak seperti kebiasaannya kerana ramai telah pulang lebih awal kerana sudah tamat cuti persekolahan.

Selepas mengangkat barang, mandi, berehat dan solat, kedingingnan dan kegelapan malam mula merayap keserata alam menelan kehangatan cahaya. Pada awal malam kehidupan masih lagi rancak. Bunyi kerenah jiran-jiran berdekatan rancak kedengaran. Maklumlah rumah apartmen, jirannya duduk dekat-dekat. Lama kelamaan apabila lewat malam menyinggah kesunyian mu
la menyusup masuk. Permainan hiburan di kaca telivisyen sedikit sebanyak menghilangkan rasa sunyi ini. Namun kepenatan memijak-mijak kelopak mata. Letih dan mamai seketika. Butang kawalan jauh ditekan sekaligus mematikan segala persembahan di kaca televsiyen.

Sunyi, gelap dan suram. Jam 2 pagi terpapar dikotak hitam dibawah peti telivisyen. Sebelum separa kematian menjemput, cuping telinga menangkap sesuatu bunyi yang amat biasa didengar didalam rumah. Bunyi geseran tapak kaki dengan lantai rumah apabila berjalan. Mata liar mencari siapakah empunya kaki tersebut. Hairan. Tiada siapa dirumah yang masih hidup pada ketika itu. Semuanya sudah lama dibuai mimpi. Bunyi kedengaran semakin kuat dan begitu hampir namun tiada jasad yang dapat dilihat dengan mata. Mata cuba memandang unjuran ruang di bawah pintu masuk rumah. Tiada banyang yang melintas menandakan tiada orang diluar rumah dan bunyi itu sudah terbukti tidak datang dari luar.

Setelah beberapa minit berlalu dan beberapa kali kedengaran tapak kaki itu mundar-mandir didalam rumah ia hilang begitu sahaja meninggalkan kedinginan malam kembali sunyi. Apakah ia sebenarnya? - This is real experience without added falvour.

No comments:

Post a Comment