Saturday 27 June 2015

Misteri Elevator


Unknown #3
Date: Long Ago
Day: Not Sure
Time: Not Sure
Location: UiTM Shah Alam

Ok. Dah lama tak tulis cerita macam ni sebelum aku lupa kisah benar ni baik aku tulis dulu. Ceritanya bermula masa aku bekerja dengan sebuah syarikat besar di Subang. Syarikat ini mengeruskan lapangan terbang diseluruh Malaysia. Pada masa aku kerja situ ada lebih kurang 8000 pekerja. Sekarang aku rasa dah lebih 10000. Ramai kan. Bayangkan bagaimana nak uruskan latihan mereka. Anyway, aku kerja kat situ sebagai executive latihan. Naik dari bawah. Start dari practical gaji RM400 sebulan lepas tu diserap naik pegawai dengan gaji RM800 sebulan kemudian dinaikkan sebagai executive dengan gaji sebanyak RM1600 sebulan. Semunya berlaku dalam masa tiga tahun di bahagian latihan.

Syukur dapat kerja kat situ. Pada satu hari ni aku telah dihantar untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris di UiTM Shah Alam selama beberapa bulan dengan beberapa pekerja yang lain. Maklumlah walaupun dah belajar bahasa ni dari sekolah sampailah sekarang masih lagi melakukan kesilapan. Aku tak kisahpun sebenarnya sebab aku tahu kalau nak jadi penulis bahasa Inggeris yang baik kenalah banyak latihan dan belajar. Lagipun kelayakkan aku bukanlah sebagai cikgu bahasa Inggeris. Aku hanyalah executive biasa yang menguruskan latihan. Anyway untuk meningkatkan kemahiran aku pun pergi. Percuma pulak tu kan. Kelas start pukul 8 sampai 10 malam dua kali seminggu. Seinggat aku selasa dan khamis.

Masa tu naik motor pergi balik kerja. Maklumlah gaji tak seberapa. Moto yang selalu aku pakai masa pergi kelas dulu. Sebab  kelas start malam so aku dengan member dalam duahari tu akan balik lewat. Selalu lepas solat maghrib. Tapi seingat aku memang hari-hari pun balik malam. Kira lepas maghrib tu kira balik awallah tu. Maklumlah kerja banyak lagipun balik rumah awalpun buat apa. Badan pun masih kuat lagi masa tu. 

Nasib baik Subang dengan Shah Alam tak berapa jauh sangat. Rempit dengan member dalam bebearapa minit sampailah. Bila masuk kawasan ni teringat kenangan-kenangan lama masa ambil Degree dulu. Rasa macam balik kampung. Tapi kelas aku pada kali ini dekat bangunan paling tinggi dan paling lama dekat UiTM pada masa tu. Tak silap namanya Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Dulu kelas dekat Business School. Tak pernah aku ada kelas dekat bangunan lama ni. 

Inilah bangunan tinggi pertama kat sini rasanya. Warna kelabu dan berlumut menandakan usianya yang telah lama. Dari luar pun dah menakutkan tunggu aku cerita macam mana kat dalamnya.

Pernahlah masuk bangunan ni dulu untuk hantar assingment dan urusan pentadbiran. Masa dulu bangunan ni memang menakutkan. Pertama kali masuk bangunan ni aku macam tak percaya dekat sini ada kelas dan bilik pensyarah. Siang dekat dalam ni macam waktu malam. Cahaya malap dan menakutkan. Masa carik bilik pensyarah untuk hantar assingment terserempak beberapa bilik yang macam sudah lama tidak digunakan. Tingkap cermin di kiri kanan pintu berkeladak dan ada yang retak. Banyak bilik yang ditingalkan seperti ini. Ada juga terjenguk kat dalam beberapa bilik dengan perabot tungang langang dan kertas bertaburan dibelakangi cahaya dari tingkap luar. Horror gila. Bayangkan ini keadaan waktu siang. Bagaimana pula keadaan waktu malam?

Kaki lima jangan cakaplah. Dah lah air bocor sana sini ada lumut hitam dekat tepi-tepi dinding. Malap dan menakutkan. Carik punya carik barulah jumpa bilik pensyarah tu. Dekat tengah-tengah antara bilik-bilik horror tu. Memang tabah betul pensyarah tu. Itu dululah masa aku sambung Degree kat situ. Masa aku pergi kelas malam tu keadaan banyak dah berubah. Banyak renovation dilakukan dekat situ. Lantai dah ada jubin sepanjang kaki lima. Kelas pun dah ada projector. Lampu kaki lima warna oren dan cerah. Kelas kau Maria. Sekarang rasanya lagi hebat.

Walaupun dah direnovate cantik membuang segala keburukkan tetapi ada sesuatu yang tetap tidak dapat dibuang. Sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar. Rasanya dari dulu lagi benda ni ada lekat dekat situ.

Hari pertama ke kelas bahasa Inggeris tu rasanya kena naik tingkat 7. Naik lift lah jawapnya. Nak cerita lift bangunan lama ni memang menakutkanlah. Rupa dia satu hal, nak naik turun dia gegar-gegar senua satu hal jugak. Tapi tak kisahlah asal boleh sampai tingkat 7. Yang peliknya dalam lift ni ada tampal beberapa potong ayat Al-Quran. Hm... Selama naik lift kat mana-mana bangunan tak pernah jumpa lift yang ada tampal terang-terang macam ni. Bila nampak tampal macam ni bermacam-macam perkara bertanya difikiran.

Yerlah, ayat suci macam ni mana boleh suka-suka hati tampalkan. Mesti ada sebab. Kemungkinan nak bagi orang baca ayat suci semasa tunggu tiba ke destinasi sambil-sambil menambah pahala pun ada benarnya juga. Mungkin juga ada sebab lain. Tapi biarlah. Mari berfikiran positif.

Sampai di kelas rata-rata pelajar adalah dari kalangan orang yang berkerja dari pelbagai tempat dan bidang. Sempat jugaklah buat dua tiga orang kawan. Zaman tu mana ada facebook lagi so nak add friend memang susah. Kena secara manual.

Dua tiga kali kelas memang tak ada apa masalah sehinggalah waktu hujung-hujung dah nak graduate tu timbul satu perkara yang amat menakutkan. 

"Eh! Wait. All of you dont leave me back alone in the classroom again ok." beritahu pensyarah berkenaan kepada seluruh kelas apabila mereka semua sudah resah hendak pulang.

Pelajar-pelajar bingung. Selama menghadiri sesi pelajaran dengan pensyarah ni tak pernah pula berpesan begitu.

"Why Puan?" tanya salah seorang pelajar perempuan.

"Hm..." wajahnya kebingungan. Tidak tahu sama ada perlu menceritakan kepada pelajar-pelajarnya atau tidak. "No... its ok."

"Alah Puan, ceritalah..." desak salah seorang dari pelajar

"Alright, alright, but remember after this don't leave me alone in the classroom ok. We go back togather."

Satu kelas senyap. Memang yerlah tu dan memang tak perasan tinggal dia dekat kelas sorang-sorang sebab dah letih masing-masing ingat rumah je dah. Tengok tak ada jawapan dari kelas penyarah tu pun sambung lagi.

"Remember the last class that we had? I think last Thursday."

"Yes Puan."

"So as usual, all of you scurrying back to home after class. But one of you decided to see me after class to discuss something. After discussion, the student left and I stayed a little bit while because I need to wrap up my thing then leave the classroom."

Pelajar yang simaksudkan tersipu-sipu malu.

"As I finished wrap up all my thing then I walk straight to the elevator, the one near the main stair case because the other one was out of order."

Memang betulpun, minggu lepas satu lift yang dekat dengan Dewan Sri Budiman tu rosak tak boleh pakai. So semua balik ikut lift lagi satu dekat dengan tangga utama.

"As I arrived at the elevator I was surprised that there was no one there. I guest the student that have discussion with me earlier had already go down through the elevator. Well its ok. Nothing beats students disapearing especially after lecturing hour." terkeluar gelak kecil pensyarah itu.

Beberapa orang didalam kelas yang faham akan sindiran itu turut melontarkan gelak yang sama.

"Nothing happened while waiting for the elevator but the spooky thing start when I was inside the elavator. I push 'G' button to go down but weird thing is that I can feel the floor move up. Frantically I push 'G' button over and over again as I look at the small screen indicating assending number. What the..."

Satu kelas senyap menumpukan perhatian kepada cerita pensyarah yang telah mula menaikkan bulu roma.

"The elevator keep on move up and stop at level 10. I feel a little bit of relief because I thougth that it wouldnt stop. Suddenly the door slowly opened and I saw at the corner of my eyes a women with long black hair with white shirt and pale face standing in front of the doorway.

Beberapa pelajar perempuan telah mula mengeluarkan bunyi 'e...' dengan wajah ketakutan.

"Well, I did not suspect anything yet because I thougth its a real normal student who just want to use the elevator. Being as curtasy as I am, when the door open, I quickly move to the elavator controller panel on the rigth and push the two opposite triangle button as I want to keep the door open until the person comes in."

Sekali lagi bunyi 'e...' bergema tetapi kali ini ia bertambah kuat.

"But the persons just stood there. After a second I ask 'Do you want to come in?'. No answer. At this particular moment I noticed that maybe its not a real human being as I thougth it was. I started to get chilled and goosebump. My hair start to stand up and how I wish the elevator door would close down. Like answering my wish the door come to a close and the elevator start decending to grown level. Without further adew I go straight to my car and drove my way home."

Terpapar wajah kelegaan disetiap wajah pelajar.

"Luckily nothing happened to me on that day and the day after. So guys remember next time you want to go home just wait for me. Ok?"

"Yes Puan" jawab semua pelajar.

"Tapi Puan, lepas saya berbincang dengan Puan saya pergi ke arah lift yang sama. Tetapi saya tak naik lift tu." balas pelajar yang sebenarnya terlibat dalam kejadian itu.

Pensyarah itu terkasima. "Why?"

"Sebab lift tu rosak jugak. Masa saya tekan butang nak turun nombor lift tu tak bergerak-gerak."

"Then how do you go to the grown floor?"

"Saya naik tangga."

"Alone?"

"Yes."

"Wah berani kau ye. Tangga tu kan tak semua ada lampu." terang salah seorang dari pelajar.

"Tulah. Nak buat macam mana. Redah je lah. Laju jugak turun sebab takut. Nasib tak ada apa-apa yang berlaku macam Puan kena. Kalau tak tak taulah saya apa nak buat."

Tamat.

P/S: Berdasarkan kisah benar. Lepas daritu semua balik ramai-ramai sampai penuh lift. Tak tunggu dah lift lain. Kalau ada salah ejaan tu sorry eh. Just want to share the massage across.

No comments:

Post a Comment