Monday 29 June 2015

Siapa Yang Menegur?

Unknwon #6
Date: Not Sure
Day: Not Sure
Time: Not Sure
Location: Quaters Balai Polis Sungai Siput (U)

Masa aku sekolah menengah dulu dalam tingkatan 3 dan 4 aku sekeluarga duduk di Sungai Siput Utara. Paham-paham je lah bila bapak polis kan. Pindah randah ni dah jadi rutin setiap tahun. Rasanya duduk dekat sini setahun je lepas tu pindah ke Shah Alam. Maksudnya aku sekolah separuh tahun tingkatan 3 dan separuh tahun tingkatan 4.

Kira aku ambil PMR kat sini (sekarang dah tuka nama PT3). Sebelum pindah Sungai Siput duduk dekat Tanjung Malim. Memang merata aku sekolah dan kawan-kawan pulak sekejap-sekejap. Tak ada yang fix. Dekat sini jugaklah aku kehilangan orang yang paling aku sayang.

Tapi apa yang aku nak cerita dekat sini adalah rumah quarters lama yang tidak didiami dan dijadikan stor barang-barang quaters macam kerusi meja semua. Barang-barang rampasan yang tidak dituntut seperti basikal dan motorsikal juga disimpan dibelakang rumah ni. Ia tak dituntut lama sehingga berkarat dan belukar tumbuh disekelilingnya.

Rumah ni diperbuat dari kayu dan keadaan sangat daif. Pintu pun tak ada dan anai-anai telah makan banyak dari strukturnya. Macam nak robohpun ada dan yang paling best rumah ni berada betul-betul disebelah rumah quarters yang aku duduk dulu.

Rumah quarters yang aku duduk ni terletak di bahagian paling hujung sekali. Orang kata 'hujung dunia'. Sebelah rumah buruk yang nak roboh tu. Belakang laman yang luas dipenuhi beberapa pokok batang kelapa, sepulau pokok pandan dekat tengah-tengah, rumput dan banyak pokok pegaga.

Sebelah belakang kiri ada satu bunker yang digunakan pada masa zaman komunis dahulu dan tanah kosong yang dipenuhi rumput liar. Dari struktur tanah kosong ni adalah bekas dari penghuni terdahulu yang bercucuk tanam sebab batas-batas masih lagi boleh kelihatan. Di sebalik semua ni dah ada pagar yang memisahkan antara kawasan balai dan landasan keretapi.

Bila keretapi lalu je memang bergegar rumah, bising sampai cakap pun tak dengar dan ia beroperasi 24 jam. Maksudnya train boleh lalu ikut suka dia. Kalau nak ikutkan hidup aku dengan train ni memang tak boleh dipisahkan.

Oh ya. Aku ada sebut bunker kan. Ok bunker ni jenis berdiri. Saiz dia tak besar muat tuk tiga orang je rasanya dan mempunyai lubang-lubang segi empat tepat kecil disekeliling untuk melihat dan meletakkan senjata.

Macam mana aku tau? Sebab aku pernah masuk sekejap. Explorer belakang rumahlah katakan. Tu pun waktu tengahari buta. Waktu maghrib or malam memang aku tak berani nak pandang pun sebab feeling dia lain macam. You know what I mean.

Fuh. sebelah rumah ada bunker tu hebat tak hebat bro. Tetapi agak menakutkan jugak sebab tak tau berapa orang yang dah mati kat dalam tu atau memang tak ada langsung. Walaupunbegitu, seperti yang aku cakapkan sebelum-sebelum ni kesan tinggalan sejarah tidak semestinya menisfestasi fizikal.

Ok ok cukup rasanya intro. Kisahnya macam ni. Masa nenek aku masih hidup dulu lagi dia pernah datang dan duduk bersama kami sekeluarga diquarters ni selama beberapa hari. Biasalah orang tua mana boleh tinggal kampung lama-lama. Selalu teringat ayam dialah kucing dialah.

Pada suatu petang tu dia hilang. Abah pulak kerja. Mak tak berapa risau sangat sebab dia yakin nenek mesti ada dekat-dekat sini. Mana lagi dia nak pergikan. Dengan bongkok tiga macam tu takksn nenek boleh pergi merata jsuh. Tiba-tiba sebelum maghrib tu dia sampai ke rumah dan mak pun terus bertanya.

"Embah pergi mana petang tadi tak ada dekat rumah. Risau Mah."

"Oh. Embah pergi jalan-jalan dekat rumah sebelah." jawab nenek dengan pelat jawanya.

"Rumah tu kan tak ada orang Embah buat apa ke sana." balas Mak.

"Yer. Embah saja tengok-tengok pusing satu rumah. Tapi bila dekat belakang rumah tu dengar ada orang panggil Embah dua tiga kali. Bila pusing kepala keliling tengok tak ada orang pun." Nenek cerita dengan penuh perasaan.

Nenek belah ayah ni memang kalau bercerita tu nada dia turun naik. Riak wajah pun pelbagai. Kalau dia cakap jawa lagilah merdu bunyinya.

"Yer ker Embah? Lelaki ke perempuan?" Mak ketakutan.

"Macam suara perempuan. Tetapi tengok tak ada orang embah jalan balik." Jawab Embah sambil mengeluarkan ketawa kecil.

Wah. Jalan balik tu. Tenangnya. Kalau aku dah cabut lari.

"Takperlah Embah, esok lusa jangan pergi lagi rumah tu. Tak tau apa pulak jadi nanti. Nanti Msh bagitau Nuar yer cerita ni." Pesan ibu merujuk kepada Nuar nama kedua ayah aku.

Embah aku ni perangai dia macam budak-budak sikit. Maklumlah umur nak dekat 70 tahun masa tu. Jalan pun tak larat sangat. Dia juga sangat, sangat baik hati dan penyanyang. Juga penghisap rokok daun terhebat.

Tamat

p/s: based on true story


No comments:

Post a Comment