Saturday 27 June 2015

Lelaki Misteri

Unknwon #1
Date: 10 January 2014
Day: Friday
Time: 12.30 pm
Location: The Intermark / Ampang

Ok cerita dia macam ni. Hari tu hujan dari pagi lagi. Renyai-renyai, mendung, sejuk, dan suram. Jam menunjukkan pukul 12.30 petang. Ok masa untuk solat jumaat. So aku turun ke Lobby dari tingkat 41. Dalam perjalanan menjenguk ke tingkap luar bangunan nampak awan mendung menutup kebanyakkan kawasan KL. Turun Lift seperti biasa sampai lobby nampak ramai juga yang turun untuk makan tengahari di foodcourt bawah. Aku pun join skali turun ke foodcourt kerana surau berada disebelah kiri nun jauh dibelakang foodcourt.

Seperti kebiasaannya memang selalu pergi ke surau dahulu untuk mengambil air sembahyang sebab dekat masjid di bangunan tabung haji tu ramai orang. Begitulah juga setiap pemaustatin lelaki sementara menara ini yang beragama islam. Ada yang ke surau untuk mengambil wuduk, pinjam selipar atau pinjam sejadah. So dengan hati yang kosong berjalan ke surau melihat orang ramai membeli dan menjamah makanan. Nothing unusual. Jadinya bila sampai kelorong surau didepanku terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian formal pejabat, bertight in, berbaju kuning berkolar putih, berseluar slack warna peach, berjalan dengan agak laju menuju ke surau. Dari belakang dia kelihatan agak muda dalam lingkungan lewat 30an. Dalam fikiran aku bertanya kenapa lelaki itu begitu tergesa-gesa. Lambat lagi masuk waktu solat. So tak kisahlah aku pun mengekorinya kerana menuju ketempat yang sama.

Ok this is when something weird happened. Bila aku masuk je surau belok kiri tengok kat lantai hanya ada satu selipar sahaja. Bunyi air orang tengah mengambil wuduk kuat kedengaran. Hm... dalam fikiran tertanya mana pula kasut kulit hitam milik lelaki depan aku tadi? So jalan depan sikit, lepas sahaja bangku orang pakai kasut, terus toleh kekanan, jenguk tengok dalam surau. Hm... kosong. Tak ada orang pun. So no problem. Pergi ke tempat wuduk ada sorang pakcik tua lewat 50an sedang mengambil wuduk. Berbadan gempal dan memakai pakaian uniform warna putih. Selipar pakcik ni lah kot kat luar tadi. Dalam hati tertanya-tanya lagi mana pulak lelaki tu pergi? Aku memang confirm lelaki tu masuk dalam surau sebab aku ikut belakang dia dan nampak dia masuk surau. Mana ada lagi pintu lain dalam surau ni. Pintu keluar masuk satu je. So without further adue I join the uncle to take wuduk. Tapi pelik misteri macam ni tak menaikkan bulu roma atau keseraman until balik rumah sebab takut 'I follow'. Nasib baik tak ada apa-apa. So siapakah atau apakah yang berjalan depan aku.

Bila teringat balik bangunan ni adalah bangunan lama. Dulu dikenali dengan plaza Yauchuan (tak ingat ejaan) so sekarang dah cantik apabila direfurbish secara menyuluruh oleh syarikat baru. Go figure

No comments:

Post a Comment