Sunday 28 June 2015

Pelanduk Dua Serupa

Unknwon #5
Date: Not Sure
Day: Saturday
Time: Not Sure
Location: Subang Terminal 2

Ingat lagi aku cerita aku pernah kerja dekat Subang. Ok office aku ni dulu adalah terminal 2 lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Lapangan terbang antarabangsa pertama Malaysia kalau tak silap aku. Setalah semua penerbangan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA), terminal 2 ni telah diconvert menjadi HQ. Sekarang HQ pun dah pindah di KLIA bersebelahan dengan Masjid KLIA. Bangunan besar dalam 4 tingkat.

Terminal 3 masa tu memang tak ada apa sangat, cuma penerbangan kecil saja dibenarkan. Dalam ni dulu ada court badminton. So bila petang free aku dan kawan-kawan sepejabat main badminton kat sini percuma. Sekarang terminal 3 dah berubah menjadi pusat penerbangan kecil seperti firefly, malindo dan sebagainya.

Sayangnya terminal 1 memang dah lama roboh. Dekat situ masa aku kerja dulu memang tanah kosong. Penuh dengan belukar. Sekarang dah ada pusat angkasa apa entah. Masih ingat lagi waktu menghantar kakak aku yang sulung berlajar di US di terminal 1. Masa tu aku kecik lagi. Memang sibuk kawasan itu masa tu.

Jadi perkara yang nak ditekankan disini adalah bangunan terminal 2 ni memang terkenal dengan sejarahnya. Orang kata tempat sejarah ni selalu akan meninggalkan kesan sejarah dan kesan sejarah ini tak semestinya benda yang nyata.

Kisahnya bermula pada hari Sabtu. Haritu memang cuti tetapi aku masuk pejabat untuk settlekan beberapa perkara. Paham-paham sajalah apabila bangunan terminal ni dijadikan sebagai pejabat. Mesti ada sesuatu yang kurang contohnya bangunan ni panjang dan tidak bertingkat. Nak pergi ke satu department ke department yang lain terpaksa berjalan. Kalau dekat tak apa. Masalahnya bila ia terletak dari hujung ke hujung. Memang kuruslah nak berjalan. Lagi-lagi kerja di bahagian latihan memang selalu kena jumpa orang.

Dalam pejabat masa tu memang tak ada orang. Aku check dah masa masuk. Intai dari hujung ke hujung. Yang ada cuma 2 orang security bertugas pada masatu. Tapi diaorang jauh dan berada dekat dengan pintu masuk.

Tampa buang masa lagi aku terus masuk ke quibicle dan buka laptop buat kerja. Qubicle dekat sini memang tinggi sampai takat kepala dan khas untuk executive sahaja. Kadang-kadang sampai tak perasan ada orang dekat sebelah. Aku punya quibicle terletak di tengah-tengah antara dua quibicle yang lain. dan bahagian depan ditutup dengan quibicle lutsinar. Jadi taklah rasa macam katak dalam tempurung.

Sambil-sambil buat kerja tu tiba-tiba terperasaan satu lembaga lalu dihadapan. Aku kenal lembaga tu. Dialah satu-satunya pekerja yang berkepala botak ditengah-tengah. Dialah orang yang memangil aku untuk membuat latihan practical disini. Kalau bukan sebab dia aku mungkin tak akan dapat kerja disini.

"Hello... boleh bercakap dengan Fairuz?" pemanggil bersuara agak kasar.

"Ya saya." aku pun balas dengan resah.

"Awak ada hantar application untuk practical di sinikan?" tegas bunyinya

"Ya ya... ada Encik." aku pun belasah je sebab banyak applcation aku hantar mana nak ingat.

"Awak jangan kurang ajar dengan saya. Saya tanya elok-elok awak jawab elok-elok. Nak practical dekat sinukan?" lagi tegas bunyinya.

Bila masa pulak aku kurang ajar ni. "Ya. ya. Encik." jawabku terketar-ketar.

"Bagus. Awak diterima. Datang hari isnin minggu depan lapor diri di Subang Airport terminal 2 jam 9 pagi."

"Betul ke ni Encik?" aku macam tak berapa percaya diterima practical sebab result aku bukan flying colors pun.

"Ya betul. Jangan datang lambat nanti saya batalkan."

"Ba... baik Encik. Terima kasih."

Pemanggil meletakkan telifon tampa membalas ucapan terima kasih aku. Agak terasa tetapi biarlah janji aku dapat tempat practical. Syarikat besar pulak tu. Masa jumpa pun kerek jugak suruh isi borang ni borang tu sikit pun tak senyum. Tapi aku tak kisahlah. Ikut je rentak. Lepas practical kat sini dan bekerja selama beberapa tahun baru aku kenal perangai si botak ni.

Nama pendek dia Zainuddin kalau tak silap aku. Orang panggil Din je. Dia kerja kerani bahagian admin. Kira oldtimer jugaklah dia ni. Selain uruskan budak practical dia juga uruskan tiket penerbangan, transport dan hotel pekerja-pekerja yang kena outstation. Dia ni bukan kerek tapi memang suka nyakat. Lagi-lagi budak practical. Lepas kerja dengan dia baru aku tau dia ni baik hati dan suka melawak.

So pada hari Sabtu tu memang aku perasan Si Din ni melintas depan quibicle aku. Muka masam mencuka dan jalan laju semacam. Aku ingat dia tak nampak aku datang kerja haritu sebab itu dia tak tegur aku seperti kebiasaannya. Mungkin dia ada hal penting untuk diuruskan sebab itu dia melulu sahaja.

'Biarlah... nanti dia nak balik aku tegur dia.' bisik hati kecilku.

Aku pun sambung buat kerja. Dalam masa 30 minit lepas tu ada lagi kelibat lalu depan quibicle aku. Aku sangat terkejut kerana kelibat itu adalah milik Si Din. Naik semua bulu roma ku.

'Apa yang berlaku sebenarnya?' mata ku tak lepas dari memandang kelibat itu.

Kali ni jalannya agak perlahan dan wajahnya penuh senyuman. Kelihatan lebih kepada manusia.

"Ruz..." Din menegur sambil mengangkat tangan.

Ini barulah Din yang aku kenal. Tetapi siapakah Din sebelum ini.

"Din. Din. tunggu jap. Nak tanya tadi kau ada lalu depan aku?"

"Eh... tak lah. Aku baru masuk ni. Ada staff tak dapat tiket lagi. Boring betul kerja hari Sabtu ni."

:Biar betul kau ni? Abis yang aku nampak kelibat macam kau tadi tu siapa."

"Hahaha... kau nampak hantu kot." balas Din lalu beredar ke tempat kerjanya.

Tamat

p/s: lepas tu aku sambung buat kerja macam tak ada apa yang berlaku. Din balik awal lepas tu tinggal aku sesorang sampai tengahari
. Nasib baik tak ada apa yang berlaku lepas tu.
  

No comments:

Post a Comment