Sunday 28 June 2015

Siapa Dekat Ruang Tamu?

Unknown #4
Date: Long Ago
Day: Not Sure
Time: Not Sure
Location: Dalam Rumah

Kisah ni berlaku sewaktu aku sambung master dulu. Buat part time. Nama program tu EMBA, Eksekutive Master in Business Administration (EMBA). Dua tahun. Kelas hari Sabtu dan Ahad. Dari pukul 9 pagi sampai 5.30 petang. Program ni bestlah bagi aku. Sebab satu semester tu ada tiga tiga subjek. Setaip sebulan kena habiskan satu subjek. Maksudnya sekali dengan hantar assingment dan final test. So kira tiap-tiap bulan ada final test sampai habis semester. Jadi tak adalah exam week dimana semua tiga subjek yang belajar tu kena amik final test serentak. Selama dua tahun bertungkus lumus untuk mendapatkan Ijazah ni. Lagi pulak bebanan kerja juga bertambah. Tetapi allhamdulillah semuanya tamat dengan jayanya cuma aku graduate lambat skit sebab extent satu semester.

Anyway kejadian ni berlaku dirumah. Biasanya aku akan tido awal lepas balik kerja dan bangun dalam pukul 10 or 11 malam untuk siapkan assignment yang diamanahkan sehingga pukul 3 or 4 pagi. Selalunya tak ada benda pelik berlaku tapi pada satu malam tu terjadilah benda pelik ni. Rasanya malam tu malam Jumaat. Sambil-sambil buat kerja tu tak sedar jam dah pukul 3 pagi. Tak apa teruskan jugak. Masih ada lagi beberapa minit sebelum aku masuk tidur.

Tiba-tiba terperasan satu kelibat melintas didepan bilik. Memang tak pernah tutup pintu bilik bila buat kerja. Lampu bilik akan menerangi kaki lima sebab lampu-lampu lain akan ditutup. Sebab itu aku boleh perasan kelibat lalu. Pada fikiran aku penghuni bilik sebelah keluar untuk ke dapur minum air. tetapi pelik tak dengar pun bunyi pintu terbuka.

Biarlah. Akupun sambung semula kerja. Tidak berapa lama kemudian terdengar bunyi kaca pecah yang kuat.

'Apa sajalah lagi' fikirku kerana mnyangkakan itu adalah perbuatan penghuni bilik sebelah.

Dia tu memang cemerkap sikit. Jalan sentiasa langgar barang dan kalau bawak barang ditangan kerap terjatuh. Tampa memperdulikan kejadian itu aku sambung semula kerja. Akhirnya asingment tu siap juga. Lega. Tetapi hairan aku tidak perasan penghuni sebelah balik ke bilik. Takkan lama betul kemas kaca yang pecah tu. Nak kata tengok TV tak pulak dengar suara TV.

Spontan aku keluar menjenguk di kaki lima luar bilik. Gelap. Lampu ruang tamu masih lagi tertutup dan cuma lampu dapur yang menyala. Memang biasa lampu dapur tidak bertutup waktu malam dan aku masih ingat membiarkan lampu dapur tebuka [ada hari itu. Sunyi sepi. Perlahan aku brejalan menuju ke ruang tamu yang gelap itu.

'Mana pulak perginya'. fikirku apabila mendapati ruang tamu yang gelap itu tidak berpenghuni. Hanya tingkap-tingkap yang terbuka luas membenarkan angin masuk. Di luar tingkap terpapar pemandangan indah lampu neon bandaraya Shah Alam. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menambahkan lagi kedinginan waktu malam.

Musykil aku teruskan pencarian ke dapur. Dalam perjalanan merentasi meja makan kaki ku terpijak sesuatu di lantai. Aku tunduk untuk melihat dengan lebih dekat didalam kegelapan itu. Rupa-rupanya ia adalah serpihan kaca berwarna hitam. Nasib baik tak luka kakiku.

Pada fikiranku mesti lampu mentol yang jatuh. Ingatkan cawan kaca yang jatuh. Perlahan aku berjalan kedapur mengambil penyapu dan penyodok sampah. Tak ada juga orang didapur. Mana perginya? Selepas menyapu didalam keadaan malap aku dapati kaca itu tidak menyerupai rupa bentuk mentol, Segera aku berpaling keatas bumbung rumah. Diatas ada beberapa pasang lampu yang tidak dinyalakan. Satu per satu aku melihat kedalam soketnye. Semua masih melekat mentolnya.

'Kaca apa ni?

Pelik. Memang aku tak tau darimana kaca itu datang. Takkan ada orang campak dari luar tingkap ruang tamu sampai ke ruang meja makan? Rumah aku duduk ni rumah appartment tingkat lima. Logik ke orang baling dari bawah atau dari atas yang duduk tingkat tujuh baling menatang ni boleh masuk dalam rumah sampai ruang makan? Aku jengok jugak kat luar rumah. Tak ada orang pun kat bawah.

Mata dah kuyu badan dah letih, kemas jerlah. Lepas kemas semua aku kembali ke bilik. Jenguk bilik sebelah. Wah penghuninya sedap tido. Jadi kelibat siapa yang aku nampak? Untuk kepastian aku pergi kejut prnghuni bilik sebelah.

"Bangun, bangun, nak tanya ni ada tak pergi depan tadi. Minum air ke apa?'"

"Wargh... mana ada..." jawapan dengan mata tertutup.

"Betul ni?"

"Ha..." marah bercampur ngantuk lalu kembali lena

'Biar betul ni?'

Kalau dia tak keluar dari bilik sejak tadi, jadi kelibat siapa yang aku nampak lalu depan bilik. Lagi pulak, menatang apa yang bersepai dekat lantai meja makan tu. Kalau ikut logik hanya sesuatu yang boleh terbang masuk kedalam rumah melalui tingkap membawa sekali menatang tu lalu melepaskannya diudara dan kemudian beredar keluar. 

Syabas. teori yang menarik dan logik. Tapi yang tak logiknya binatang apa, atau robot apa atau manusia apa yang sanggup buat macam tu dalam waktu awal pagi macam ni. Maybe entiti paranormal je yang sanggup buat macam ni.

Lepas pada tu aku apa lagi tutup pintu, lampu dan muka dgn bantal kemudian tidur.

Tamat.

p/s: again base on true story. thank you for reading.

No comments:

Post a Comment